Malam tadi aku dan abang panik sebab shahmi menangis, merengek dan muntah banyak kali sambil cakap sakit..sakit. Hati ibu bapa mana yang tak risau bila anak mengadu sakit. Ingatkan sebab dia tak cukup tidur dan perut kembong.
tertido selepas kepenatanPagi tadi aku datang opis sekejap sebab aku risau pasal hal surat yang hilang tu. Kebetulan pulak hari ni bos aku baru masuk office. Bila surat yang misplace tu dah dijumpai, terus aku minta kebenaran nak bawak anak ke klinik. Nasib baik bos bagi kebenaran.
Bila sampai klinik doktor sahkan yang tonsil dia membengkak, mungkin sebab kurang minum air. Kalau demam dia masih tak kebah menjelang hari jumaat ni, kena bawak ke klinik lagi sebab takut denggi. Kata doktor lagi kalau boleh jangan bagi dia menyusu sebab akan asyik muntah. Kena bagi dia minum air suam banyak-banyak.
Patutlah dia tak nak makan. Kesian dia asyik cakap mama..ami lapar..tapi bila makan menangis-nangis sebab sakit. Hari ni ayah dia terpaksa cuti sebab tak sampai hati tengok anak tak mau berenggang dengan dia. Nasib baik shahmi ada ayah yang baik dan penyayang.
Setiap saat aku berdoa semoga Allah sembuhkan sakit anak kesayangan aku nih. Risau sangat.